Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Kemudahan di Pusat

English   华语   Bahasa Melayu   日本語 

Sains

Keselesaan dan keseronokkan para tetamu menjadi keutamaan kami. Kemudahan kereta tolak untuk bayi dan kanak-kanak kecil, buggy untuk kanak-kanak yang bersekolah, serta kereta roda boleh didapati di Pusat Perkhidmatan Pengunjung kami. Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga boleh menggunakan kemudahan Bilik Penyusuan yang disediakan.
Para pengunjung boleh menikmati pelbagai kedai makanan dan minuman serta kedai lain di Pusat ini. Omni-Teater dan Bandar Salji (Snow City) yang berhampiran akan memperkayakan lagi pengalaman anda di Pusat Sains.


Kedai Makanan & Minuman

McDonalds, Taman Kinetik (Pusat Sains) Tel: (65) 6569 6080 
New Zealand Natural (Pusat Sains) Tel: (65) 6566 5156 
Tolido's Café (Omni-Teater) Tel: (65) 9234 7889 

Kedai-kedai lain

Curiosity - The Science Centre Shop Tel: (65) 6566 5213
Pusat Saintific Astro    Tel: (65) 6567 4163

Tempat Menarik yang Lain

Omni-Teater
Bandar Salji (Snow City) Tel: (65) 6560 2306

ATM

ATM POSB boleh didapati berdekatan dengan Curiosity Shop.

 

Lain-Lain Kemudahan yang Berhampiran

Perkhidmatan Kewangan

Di seberang jalan di Jurong East Street 13, para pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan hampir semua bank utama dan mesin ATM termasuk HSBC, MayBank, OCBC, POSB, dan UOB. Pengurup wang juga boleh didapati di sini.

Rawatan Perubatan

Klinik-klinik perubatan boleh didapati di Jurong East Street 13, termasuk Trinity Medical Clinic dan Dental Surgery.

Membeli-belah

Berhampiran dengan Pusat ini, terdapat dua pusat membeli-belah besar, IMM dan Jurong Point, yang boleh dikunjungi dengan menaiki teksi, bas atau tren.

IMM berada 20 minit daripada Pusat ini dengan menaiki bas. Berjalan selama 5 minit ke BKL 134 Jurong East Central untuk menaiki Bas 333. Turun 3 perhentian kemudian di bangunan IMM.

Jurong Point berada hampir 10 minit daripada Pusat ini dengan menaiki tren. Para pengunjung boleh menaiki tren MRT di stesen Jurong East, yang berada kira-kira 10 minit berjalan kaki daripada Pusat Sains. Naik tren menuju ke stesen Joo Koon dan turun di stesen Boon Lay.

Kembali ke atas