Terdapat lebih daripada 850 barang pameran dalam pelbagai galeri pameran. Seorang pelawat yang menghabiskan masa selama 5 minit bagi setiap barang pameran akan memerlukan lebih kurang 7 hari untuk melihat kesemuanya. Oleh itu, usahlah penatkan diri anda dengan cuba melihat dan melakukan semua perkara dalam satu lawatan. Adalah lebih baik bagi anda memberi perhatian pada sebahagian dari barang pameran Pusat ini pada setiap lawatan anda. Berseronoklah dan datanglah berulang-kali. Tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa lebih daripada 70% daripada pelawat melawat semula kerana sebab ini
|