Omni-Theater yang merupakan sebahagian daripada Pusat Sains Singapura, adalah teater yang direka bentuk khas serta dilengkapi teknologi kubah IMAX. Ia merupakan satu-satunya teater tinggi di Singapura, setinggi 5 tingkat dan berbentuk kubah dengan tempat duduk sebanyak 276.
Teater menayangkan filem berformat besar yang memberi tahap kejelasan yang tertinggi. Bingkai filem sebesar 15 tebukan/70mm adalah 10 kali lebih besar daripada filem konvensional 35mm yang digunakan dalam panggung wayang.
Ia juga mempunyai skrin berbentuk hemisfera yang besar agam, yang bergaris pusat 23m dan mempunyai ketinggian 16m (atau 5 tingkat tinggi) yang merentasi melintang 180o dari dinding ke dinding dan dicondongkan pada sudut 30o pada ufuk.ke Dengan 72 amplifier yang mengeluarkan 20,000 watt bunyi surround, para penonton dipindahkan terus ke dunia aksi.
Omni-Theatre menyediakan penonton dengan pengalaman panggung wayang premium yang mengasyikkan, yang sangat-sangat menguja dan berpendidikan.
|