Pusat Sains Singapura adalah institusi pendidikan bukan formal bagi mempromosikan sains dan teknologi di kalangan pelajar dan orang awam.
Ia mempunyai koleksi terbesar bahan pendidikan dan pameran yang ditumpukan kepada sains dan telah disanjung sebagai salah satu dari pusat sains yang utama di dunia. Lebih daripada sejuta pelawat datang ke Pusat Sains Singapura setiap tahun.
|