Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Reluang Laut

English   华语   Bahasa Melayu   日本語 

 
 

Lokasi:

Di antara Dewan B dan Laman Dalam 

Masa yang biasa diperlukan:

15 - 30 minit

Apabila dilihat daripada angkasa, hampir semua permukaan planet kita ini berwarna biru. Ini disebabkan hampir 70% permukaan Bumi diliputi oleh laut yang kelihatan biru. Dengan kedalaman purata hampir 4000 meter, laut merupakan tempat tinggal bagi ribuan makhluk marin yang berlainan.
Reluang Laut memperkenalkan para tetamu kepada laut kita, dengan memfokuskan keatas fakta-fakta menarik tentang persekitaran fizikalnya dan makhluk-makhluk yang tinggal di dalamnya. Anda boleh mendengar sinfoni bunyi dalam air yang dibuat oleh pergerakan ikan-ikan di dalam tangki. Anda akan dapat melihat karang laut dan makhluk akuatik secara dekat dan mengawal kamera dalam air di dalam tangki. Reluang Laut juga mempertengahkan beberapa kehidupan marin yang menarik – sebilangannya kita sudah biasa melihatnya dan yang lainnya jarang-jarang ditemui.

 Kemuncak

    

Stonefish (Ikan Batu)

Dianggap sebagai salah satu ikan paling beracun di dunia, stonefish mendapat namanya daripada kebolehannya untuk menyamar menyerupai batu.

Ia mempunyai tiga belas sirip dorsal yang tajam di atas belakangnya, dimana setiap satu mempunyai bisa yang amat toksik. Bisanya boleh membunuh seorang manusia dalam dua hingga tiga jam jika tidak dirawat. Cuba cari stonefish di celah-celah batu!

  

Belut Moray

Belut Moray ialah seekor ikan panjang yang sering disalah anggap sebagai ular. Matanya agak kecil dan ia mempunyai penglihatan dan pendengaran yang tidak baik. Oleh itu, belut moray banyak bergantung kepada deria baunya yang terbina dengan baik untuk mengesan mangsa. Menyembunyikan diri di dalam lubang dan menerkam ikan-ikan yang lalu di depannya merupakan cara pemburuan lazimnya.

Sirip dorsal belut moray menganjur keluar daripada belakang kepalanya, berterusan sepanjang belakangnya hingga ke sirip kaudal (sirip ekor). Belut moray tidak mempunyai kestabilan lateral yang baik, oleh itu sudah menjadi satu kebiasaan untuk mendapatinya terbaring atau hanyut mengereng, malah dalam keadaan terlentang. Lihatlah sendiri di Reluang Laut.

 

 

Reluang Laut dibangunkan dengan bantuan Institut Sains Marin Tropikal.