Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


English 华语 Bahasa Melayu 日本語

Sains Pertahanan 

Tarikh Pameran:

Dibuka dari 30 Julai 2013  

Lokasi:

Dewan A, Pusat Sains

Masa Diperlukan:

60 – 90 minit

 
Sains Pertahanan

Alamilah dunia saintis dan jurutera pertahanan yang penuh misteri dan ketahui bagaimana sains mengubah strategi ketenteraan di medan perang! Satu kolaborasi antara Makmal Nasional DSO dan Pusat Sains Singapura, Pameran Sains Pertahanan ini merupakan satu pengalaman yang menakjubkan, penuh dengan pertunjukan multimedia, permainan interaktif dan kelas interaktif yang menyeronokkan. Bersiap sedialah untuk dipegunkan di empat zon menarik: Senjata dan Perlindungan, Penyamaran dan Pengawasan, Penerbangan dan Radar Pengesan.


Penyamaran dan Pengawasan

Melihat sambil tersembunyi – itulah salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan ketenteraan. Pelajari bagaimana teknologi penyamaran dan pengawasan dapat mengelak pengesanan, mengumpul data dan menyusup masuk ke dalam kawasan musuh di zon ini. Terdapat juga satu pameran interaktif Di Luar Penglihatan atau Out of Sight yang membolehkan para pemain mencari sasaran melalui “mata” visual, infra-red dan kamera spektrum tinggi.

   

    


Sains Penerbangan

Takluki kuasa lebih tinggi dengan sains pertahanan! Pesawat tentera moden pada masa kini dapat direka dengan adanya kajian tentang konsep saintifik mudah seperti mengangkat, mengheret dan mengibar. Pelajari dengan lebih dalam tentang konsep-konsep ini dan terokai sifat-sifat graviti dan udara, bagaimana sayap kapal terbang berfungsi dan penerbangan laju di zon menarik ini.

Senjata dan Perlindungan

Berdiri teguh menghadapi segala kemungkinan dan lakukan segala yang mustahil. Selaras dengan aruskemajuan teknologi, tank dan kenderaan berperisai yang lain harus sentiasa berubah untuk bersedia menghadapi ancaman baru. Di zon ini, bongkar sains di sebalik ancaman yang dihadapi kenderaan berperisai ini dan bagaimana senjata ini mampu mengalahkan mereka.

   
 
    

Radar

Atasi had penglihatan dengan radar. Digunakan secara meluas dalam aplikasi tentera dan bukan tentera, radar mampu melihat lebih jauh dari mata kasar, membentuk imej hampir sama seperti gambar dan mengukur kelajuan sesuatu objek yang sedang bergerak. Dicipta asalnya sebagai satu teknologi sulit tentera, zon ini mendedahkan bagaimana sistem radar berfungsi, cara-cara mengurangkan pengesanan dan bagaimana radar digunakan di angkasa lepas!