Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Taman Ekologi

English   华语   Bahasa Melayu   日本語 

 

Lokasi:

Pintu masuk ke Taman Ekologi adalah melalui Dewan D

Masa yang biasanya diperlukan:

30 - 60 minit

Taman Eko atau Taman Ekologi merupakan makmal hidup luar bilik dengan  pelbagai jenis tumbuhan untuk diperhati dan banyak jenis haiwan untuk ditemui. Tumbuh-tumbuhan di sini tidak menerima apa-apa jagaan istimewa. Usaha-usaha untuk mengawal haiwan perosak tidak diambil melainkan pemangkasan sekali-sekala, memotong rumput dan tanam semula yang perlu. Oleh itu, terdapat banyak habitat di mana haiwan boleh mencari ruang yang sesuai untuk diri mereka. Semua ini memberikan satu persekitaran yang sesuai untuk kajian-kajian ekologi.

Taman Ekologi dibahagi kepada beberapa kawasan berbeza yang mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan. Dari durian, raja buah tempatan kita, hingga ke sayur-sayuran yang biasa didapati di pasar-pasar. Berjalan-jalan di dalam alam semula jadi dan ketahui dengan lebih lanjut tentang tumbuh-tumbuhan yang anda biasa nampak. 

Kemuncak 

 

Tugu Seratus Tahun Getah

Daripada satu permulaan yang kecil dengan berbekalkan sebelas anak pokok yang dihantar daripada Britain, jejaki sejarah industri getah di Singapura di astaka ini.

Ladang Getah Mini

Pokok Getah Para (Hevea brasiliensis) berasal dari Lembah Amazon di Brazil, Venezuela, Peru, Ecuador dan Colombia. Di dalam hutan tropika, pokok ini boleh mencecah ketinggian 20 hingga 30 meter, tetapi pokok getah di ladang disemai melalui kaedah cantuman pokok biasanya lebih kecil.

Pisau menoreh khas digunakan untuk mengikis buang satu lapisan nipis kulit pokok getah. Kulit dibuang dengan berhati-hati dan tidak terlalu tebal, kerana ini boleh merosakkan pokok. Lihat kesannya pada pokok getah di ladang ini.

 

 

Paku Pakis 

Paku pakis adalah tumbuhan tak berbunga yang tidak menghasilkan buah dan biji benih. Sebaliknya, ia membiak secara penghasilan spora-spora halus dengan banyaknya. Spora-spora ini biasanya boleh ditemui di bahagian bawah daun. Kerana ia kecil dan ringan, spora boleh diterbangkan angin ke kawasan lain yang jauh untuk menjelajah habitat-habitat baru.

Paku pakis biasanya sejenis tumbuhan yang menarik dan lazimnya ditanam untuk tujuan hiasan. Cuba cari perbezaan diantara paku pakis yang berlainan di sini.

Dusun Kecil

Buah lazimnya bahagian paling berkhasiat, dan kandungan airnya yang tinggi membolehkan kebanyakan buah dimakan tanpa dimasak terlebih dahulu, tidak seperti sayur-sayuran. Warna buah yang selalunya terang dan rasanya yang manis menarik banyak haiwan. Selepas memakan buah, haiwan-haiwan ini kemudiannya mengeluarkan biji-biji bersama-sama najisnya, seterusnya membantu dalam penyebaran biji benih.

Bersiar-siarlah di bawah segala jenis pokok buah-buahan. Tetapi, janganlah memetik buah-buahan (kecuali anda mempunyai kepak dan bulu), kerana buah-buahan di sini khas untuk burung-burung.

 

 

Sudut Pokok Limau 

Limau sesuai dibuat jus dan digunakan di dalam masakan untuk menyerlahkan rasa masakan tempatan. Terokai pelbagai jenis pokok limau yang berbeza. Berhati-hati akan rama-rama dan ulat bulu limau berwarna kuning keputihan yang amat gemarkan pokok-pokok limau.

Taman Ubat 

Sudah berkurun-kurun, tumbuhan memainkan peranan penting dalam melegakan kesakitan dan mengubat penyakit. Pengamal perubatan kampung telah membuat uji kaji dan menggunakan dunia tumbuhan sebagai kotak ubat mereka. Hari ini, hampir satu pertiga daripada semua ubat yang dijual di farmasi-farmasi mengandungi bahan aktif yang berpunca daripada tumbuhan.

Taman Ubat mempunyai koleksi lebih daripada enam puluh tumbuh-tumbuhan. Cari pokok yang digunakan untuk mengubati masalah jerawat.

 

 

Kolam

Banyak pokok dan haiwan yang hidup di kawasan kolam yang berbeza. Ada tumbuh-tumbuhan yang timbul di permukaan air, ada yang separa tenggelam, dan yang lainnya pula hidup di dalam air. Bakteria dan fungus yang terapung bebas juga boleh ditemui di dalam kolam dan membantu proses pereputan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati menjadi bahan yang lebih ringkas yang boleh digunakan sebagai nutrien oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Tambahan lagi, tumbuh-tumbuhan juga memberikan perlindungan kepada banyak haiwan akuatik.

Terokai tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang berbeza di lima kolam Taman Ekologi.

Pokok-Pokok Di Tepi Jalan

Anda nampak pokok-pokok ini apabila anda memandu atau bejalan di jalan-jalan Singapura. Datang dan kenali dengan lebih dekat tentang pokok-pokok yang memberi anda tempat berteduh di tepi-tepi jalan.

 

 

Taman Rempah 

Dari kari ayam, sup daging kambing, hinggalah itik Sichuan – kesemua rasa masakan enak Asia ini tidak akan sama jika tiadanya rempah-ratus.

See the spice plants as they grow, before they are dried, ground and packed into the bottles that we find in the supermarket.

Lihat pokok-pokok rempah membesar, sebelum ia dikeringkan, ditumbuk dan dipek di dalam botol-botol yang kita lihat di pasaraya.

Mini-Ladang Tanaman Kontan

Pertanian mungkin tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam ekonomi tempatan, tetapi ia penting pada satu masa dulu. Berjalan dan kenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang penting dari segi ekonomi seperti gajus, kopi, kelapa sawit, Eucalyptus, kelapa dan koko. Berhati-hati, buah kelapa gugur! 

 

 

Sudut Daun Kering

Jika anda tidak memberi perhatian, anda mungkin tidak menghiraukannya, menganggapkannya sebagai timbunan daun mati yang tukang kebun lupa untuk buang. Tetapi, cuba perhatikan dengan lebih dekat. Di sudut ini, daun-daun mati, ranting-ranting, dahan-dahan patah dan kadang kala, keseluruhan pokok yang mati dilambakkan di sini bagi membolehkan kami mengkaji bagaimana haiwan-haiwan kecil dan mikrob mereputkan lambakkan sampah sarap ini dan mengembalikan nutrien ke tanah. 

Batas-batas Sayur

Istilah ‘sayur’ merujuk kepada tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan sebahagiannya atau keseluruhannya. Bahagian-bahagian yang kita boleh makan termasuk daun, tangkai, akar, akar berubi, biji dan bunga. Sayur-sayuran biasanya mengandungi lebih kandungan kanji dan kurang gula berbanding dengan buah-buahan. Oleh itu, rasanya kurang manis. Juga, tidak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dimakan masak, bukan mentah.

Lihat dengan lebih dekat bagaimana sayur-sayuran tumbuh di atas batas.

 

 

 

Rumah di atas Pokok

Sudah beratus-ratus tahun ran bersama dengan manusia. Sejarahnya boleh dikesan kepada ketika manusia begelut untuk hidup dan tidak ada tempat lain yang lebih selamat daripada di atas pokok. Hari ini, ran ialah satu tempat istimewa yang menarik daya imaginasi kanak-kanak yang tersembunyi di dalam diri kita semua. Dengan menyediakan banyak unsur-unsur permainan dan penerokaan seperti tempat perlindungan, ketinggian, dan cabaran fizikal, ia memberikan satu pintu kembali ke alam semula jadi.

Penat berjalan mengelilingi Taman Eko? Datang dan berehat di ran.