Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Bio-etika

English   华语   Bahasa Melayu   日本語 

 

 

Lokasi:

Dewan B

 

Masa yang biasanya diperlukan:

15 - 30 minit

 

Masyarakat hari ini berdepan dengan pelbagai keputusan berkaitan kemajuan teknologi baru dalam sains kehidupan. Teknologi dan rawatan baru ini telah menimbulkan isu-isu sosial, undang-undang dan etika dalam hidup kita. Contohnya, patutkah kita dimaklumkan sekiranya makanan kita telah diubah suai secara genetik? Atau, apakah perasaan anda sekiranya anda mengetahui bahawa anda telah direka bentuk secara genetik oleh ibu bapa anda?

Berbekalkan satu Kawasan Pengenalan yang kecil dan beberapa pameran interaktif di dalam pameran ‘Genom’ dan ‘Hidup Bersama Virus’, pameran Bioetika ini mengenengahkan isi kandungan beberapa isu bioetika. Para pengunjung digalakkan untuk meneroka isu-isu berkaitan pemindahan organ, ujian genetik, terapi sel induk dan pengklonan sambil berinteraksi dengan pameran-pameran.
 

 

 

Kawasan Pengenalan

Bahagian pameran ini memperkenalkan apakah itu Bio-etika melalui interaksi dengan pelbagai watak yang disediakan dalam tiga senario yang berbeza, iaitu kes-kes yang melibatkan pemindahan buah pinggang, terapi sel induk dan ujian genetik. Stesen skrin sentuh berinteraktif memberikan lebih banyak maklumat tentang kes-kes tersebut.

 

Pameran-Pameran Bertemakan Bio-etika

Lokasi: Pameran Genom

Di dalam pameran Genom, isu-isu berkaitan dengan ujian genetik, sel induk, pengklonan dan GMO diutarakan untuk pertimbangan dan perbincangan para pengunjung. Kajian tentang pengklonan haiwan dan manusia dibincangkan menerusi satu perbualan beranimasi diantara Dolly, biri-biri klon dengan ‘klon visual’ pengunjung. Para pengunjung juga dijemput untuk berkongsi pendapat mereka tentang pengklonan dan kajian sel induk melalui stesen tinjauan interaktif.

 

   

Lokasi: Pameran Hidup Bersama Virus

Isu-isu berkaitan bio-etika di dalam pameran ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para pengunjung tentang isu-isu berkaitan tanggungjawab sosial, berkenaan dengan rawatan keutamaan dan kawalan jangkitan semasa tercetusnya sesuatu wabak. Para pengunjung dijemput untuk berkongsi buah fikiran mereka berkenaan etika kajian menerusi stesen tinjauan interaktif. Pameran ini juga menyediakan satu perbandingan etika-etika kajian pada masa dulu dan sekarang.

 

 

Kembali ke atas