Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Visi, Misi Dan Nilai
Teras Kami

English 华语   Bahasa Melayu   日本語 

Visi Kami

... dimana Sains menjadi teman dan merobah jutaan minda. 

Misi Kami

Untuk menggalakkan minat, pembelajaran dan kreativiti dalam sains dan teknologi, melalui pengalaman imaginatif dan menyeronokkan, serta menyumbang kepada pembangunan sumber insan negara.

Nilai Teras Kami

Keghairahan

Kami ghairah akan sains dan kebolehannya untuk memperkayakan kehidupan.

Inovasi

Kami menginovasi, belajar dan memperbaiki.

Profesionalisma

Kami menjaga tahap profesionalisma paling tinggi dalam kerja kami.

Kualiti

Kami menyediakan pengalaman-pengalaman berkualiti yang memberikan inspirasi dan memupuk pembelajaran.

Kenapa sebuah Pusat Sains

Singapore Science CentreWalaupun institusi-institusi pendidikan formal diiktiraf bagi memenuhi objektif utama melahirkan rakyat terpelajar dalam bidang sains, orang ramai juga perlu dididik untuk menghargai sains dengan cara bersantai dan berhibur. Pusat-pusat sains diberikan sumber-sumber untuk melaksanakan tugas ini dengan baiknya. Pusat-pusat ini mempopularkan sains dengan membina satu persekitaran dimana para pengunjung boleh memuaskan hati mereka dengan pembelajaran secara penyertaan dan menghargai sumbangan-sumbangan sains kepada kehidupan harian.

Pameran-pameran Pusat Sains merangkumi pebagai bidang dan merupakan tempat pemeliharaan dan penetasan ilmu pengetahuan saintifik. Penekanan diberikan kepada pembelajaran secara penerokaan aktif, bukan kepada pembelajaran formal berasaskan teks. Melalui pameran-pameran sains berinovatif, yang menekankan aspek kehidupan harian dan lain-lain perkembangan berkaitan dengan sebuah negara, secara ideal, Pusat ini bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha-usaha bina-negara kita.
 

 Pusat ini mencapai objektifnya dengan cara-cara berikut:

  • Membina pameran-pameran bagi mengilustrasikan prinsip-prinsip sains dan teknologi, dan untuk menunjukkan hubungannya dalam kehidupan harian.
  • Melaksanakan program-program sekolah bagi melengkapkan sukatan pelajaran sains sekolah.
  • Menerbitkan majalah saintifik dan buku panduan sejarah semula jadi untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para pelajar dan orang awam.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti promosi untuk membawa sains dengan lebih dekat kepada rakyat Singapura.

Kembali ke atas