Select Site Color 

Water Theme Molecules Theme Robotics Theme Eco Garden Theme Astronomy


Pusat Sains dari Dulu
hingga Sekarang

English 华语   Bahasa Melayu   日本語 

Pusat Sains Singapura dibuka pada 10 Disember 1977 oleh Dr Toh Chin Chye, Menteri yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Pusat Sains pada masa itu.

Buah fikiran untuk menubuhkan satu Pusat Sains yang dikenali dunia tercetus pada tahun 1969 apabila Pemerintah memutuskan untuk menjadikan Muzium Negara sebuah muzium kesenian dan sejarah, dan membina sebuah institusi baru yang berdedikasi terhadap pendidikan saintifik dan teknologi diatas nasihat Majlis Sains Singapura.
 
Pusat Sains Singapura ditubuhkan untuk:

  • Mempamerkan pameran-pameran yang menggambarkan sains fizikal, sains kehidupan, sains aplikasi, teknologi dan industri, serta
  • Menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan berkenaan sains dan teknologi.

Bangunan Pusat Sains direka cipta oleh Encik Raymond Woo dan terletak di atas kawasan seluas 10 hektar, serta terdiri daripada Bangunan Utama, Bangunan Tambahan, Taman Luar Bangunan, Teater Omni dan Bandar Salji.

Teater Omni, satu-satunya teater kubah IMAX Singapura ditubuhkan pada tahun 1987. Teater bersejarah ini memberikan satu dimensi baru kepada pembelajaran Sains menerusi dokumentari-dokumentari dan filem-filem yang lebih hebat daripada hakikat sebenarnya yang memberikan satu pengalaman menyeluruh untuk semua. Filem-filem pendidikan meliputi genre-genre seperti sains, angkasa lepas, alam semula jadi, haiwan, hidupan marin, budaya, bencana alam dan banyak lagi.

Dua tahun kemudiannya, pada tahun 1989 Pusat Sains membuka Balai Cerap terbesar di Asia Tenggara, yang kini menerima lebih daripada 10,000 orang pengunjung setiap tahun.

Bandar Salji, satu-satunya Pusat Salji dalam bangunan kekal Singapura yang pertama, menempatkan lereng salji sepanjang 60 meter untuk pengunjung berski, meluncur salji dan bertiub salji. Ia juga merupakan fasiliti yang pertama menawarkan program-program dan bengkel pendidikan kepada sekolah-sekolah dan kumpulan-kumpulan yang berminat.

Pada tahun 1998, Pusat Sains melancarkan pembaharuan lengkap 14 galeri pamerannya yang selesai pada tahun 2003. Dan satu perluasan pada tahun 2000 memperkenalkan satu kompleks bersepadu terdiri daripada Bangunan Tambahan, Taman Kinetik dan Bandar Salji. Hari ini, Pusat Sains menempatkan lebih 1,000 pameran, termasuklah pemenang anugerah - Pameran Air, 14 makmal pendidikan dan teater, serta sebuah perpustakaan dan menjadi tuan rumah kepada dua pameran bergerak blockbuster utama setiap tahun. Para pengunjung juga akan gembira menemui Taman Ekologi seluas 10,000 meter persegi yang mengandungi pelbagai tumbuhan asli serta Makmal Ekologi.

Pusat Sains merayakan ulang tahunnya ke 30 dalam menyumbang terhadap celik sains dan pendidikan di Singapura pada tahun 2007. Sehingga kini, Pusat ini telah menerima lebih 20 juta pengunjung dan telah mengubah hidup jutaan lagi melalui aktiviti-aktiviti bantuan. Pusat Sains, bersama dengan Teater Omni dan Bandar Salji, mencapai rekod 1.55 juta pengunjung pada tahun 2009/2010.